Clan Kampong

Jadikanlah zaman Remaja Rasullullah S.A.W & Para Sahabat sebagai ikon Remaja kita...! (^_^)

1:02 AM

memang betul apa kata adi!!

DiStRiBuTed oleh Unknown


hhahaha..tiba2 aku rasa nk join adi wat megazine maskulin sendiri kat blog ni..ok..aku nk ckp mengenai kulit wajah kita..(lelaki..)ni aku copy paste je..




1. Perbezaan kulit lelaki dan wanita[/color]
Lelaki mempunyai kulit yang lebih tebal disebabkan lapisan kalogen yang lebih tebal dan epidermis atau sel yang lebih banyak. Peningkatan hormon testosteron menyebabkan kulit lelaki lebih berminyak dari kulit wanita.

2. Jenis kulit wajah lelaki di Asia
Kebanyakan kulit wajah lelaki Asia lebih sensitif dan alergik dengan keadaan serta cuaca persekitaran, dan mempunyai lebih banyak pigmen.

3. Masalah biasa kulit wajah lelaki
Kulit berminyak dan berjerawat serta kecederaan akibat penggunaan pisau cukur yang kerap merupakan masalah utama lelaki. Kulit menjadi lebih sensitif.

4. Kaedah penjagaan wajah yang betul

Cuci wajah dengan betul menggunakan pembersih wajah yang mengandungi exfoliants lembut. Gunakan penyegar dan pelembap selepas wajah dibersihkan. Gunakan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit dari kesan cahaya matahari.

5. Produk pembersih wajah yang sesuai

Pilihlah produk pembersih wajah yang bebas haruman.

6. Penggunaan Masker wajah
Ramai lelaki menganggap penggunaan masker hanya untuk wanita. Anda silap, penggunaan masker juga boleh dilakukan lelaki. Ia bermanfaat untuk menyegar, memperbaiki dan menegangkan kulit wajah. Selain itu, ia juga baik untuk kelancaran peredaran darah dan merangsang proses pertumbuhan sel kulit.

7. Kandungan di dalam produk penjagaan wajah lelaki
Dalam setiap produk penjagaan wajah perlu ada bahan anti keradangan untuk menghalang proses penuaan. Bahan pelembap dan hidrasi antara elemen penting lain yang perlu ada.


8. Tindak balas produk penjagaan terhadap kulit
Disebabkan kulit lelaki lebih tebal, maka proses tindak balas produk penjagaan terhadap kulit wajah adalah

lambat. Walaubagaimanapun cara penyerapan dan pemakaiannya adalah sama.

9. Kesan sampingan
Sesetengah bahan di dalam produk penjagaan wajah boleh menyebabkan keradangan kulit. Jadi pastikan bahan yang terkandung di dalam produk tersebut tidak mengandungi bahan tiruan. Pastikan tahap pH atau keasidan adalah normal (pH 5.5). Keradangan kulit juga terjadi kerana produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit.

10. Kulit yang sihat
Kulit wajah yang sihat ditandai dengan penghasilan kolagen, dapat mengatur penghasilan melanin dalam sel-sel kulit, serta dapat mengembalikan keseimbangan keanjalan kulit. Kesihatan kulit dapat diperoleh dengan membersihkan wajah dua kali sehari menggunakan produk bersesuaian atau menggunakan air bersih.

haahhaha...mungkin ramai di antara korang2 cK ni yg tak amek kisah langsung pasal muka kann..macam bia je muka tu jadi apa pun jadilahh..biarpun berstatus S,tapi kita mesti jaga jg kulit muka kita tw..hahha..ni tips2 lagi..


KULIT BERJERAWAT DAN BERMINYAK

Disebabkan lelaki mempunyai kulit yang tebal berbanding wanita, pengeluaran sebumnya pun lebih maka tidak hairanlah jika kebanyakan dari mereka mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat. Apa yang perlu dilakukan?
  • Rajinkan diri untuk membersih wajah setiap pagi dan sebelum tidur setiap hari. Gunakan pembersih wajah yang sesuai bagi menghilangkan kotoran, menanggalkan sel-sel mati serta membersihkan liang roma yang tersebut untuk mengurangkan masalah jerawat.
  • Seeloknya dapatkan produk khas untuk penjagaan wajah seperti gel yang kurang berminyak – anti blemish dan berikan lebih tumpuan kepada bahagian yang bermasalah sahaja.
  • Lazimnya zon-T pasti menjadi kawasan utama berlakunya rembesan minyak yang berlebihan. Apa kata anda menggunakan produk kha atau pelembap kurang berminyak bagi mengatasi masalah tersebut.
  • Gunakan krim pelindung matahari serta pancaran UV bagi melindungi wajah anda. Selain mengatasi masalah pengeluaran minyak yang berlebihan ia juga mampu mengelakkan pori-pori wajah dari tersumbat.

KULIT LESU DENGAN GARISAN KEDUT
Proses penuaan mampu berlaku denga cepat gila jika korang asek tertekan, terdedah kepada persekitaran yang kotor serta sinaran UV yang berlebihan pun punca jg bhaii. Paling menyedihkan bila garis-garis halus (terutama di bahagian mata dahi dan sekitar mulut) muncul lebih awal sebelum kerepot..(sedih ke?). Berikut disertakan tips mengatasinya..gampang je dong..hehh:-


  • korang mesti pilih pelembap yang sesuai. Sekiranya anda2 cK mempunyai kulit yang kering maka pelembap dengan formula anti penuaan, ‘lifting’ atau ‘firming’ amat sesuai sebaliknya jika kulit wajah korang berminyak pula, pelembap ringan dan berasaskan air adalah pilihan utama weyh..tak susah pun.
  • Time korang kat luar rumah, rajinkan diri untuk menyapu krim pelindung matahari..tak payah malu lahh weyh.org tak tau pun. Elakkan dari menggunakan krim pelindung matahari yang berminyak sekiranya kulit wajah korang tergolong dari kumpulan itu.dah tw minyak takkan nk tambah minyak kan?.
  • Jangan merokok sbb karbon dioksida yang terkandung di dalamnya mampu membuatkan kulit wajah menjadi kering dan berkedut(hehh?). Sebaiknya, minum lebih banyak air bagi mengelakkan masalah penghidratan.tapi kalau nk isap rokok jg,mesti minum air byk2 supaya seimbang..(mandai je aku)
  • Pengambilan nutrisi dan makanan yang seimbang amat penting untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Jika perlu ambil beberapa jenis vitamin atau makanan untuk kelihatan muda dan awet muda dan anjal dan gebu sentiasa macam saya

hahhahha..nmpak takk..aku boleh je kan jadi perunding kehenseman??(walaupun aku tw aku paling tak hensem antara korang smua..)hahhhah ok,aku guna loreal active white for man..memang aku syorkan lahh weyh..mahal sikit tapi berkesan..bgtwlahh korang pakai apa..kita kongsi sama2...owh2..time aku google2,aku terjumpa ada blog yg best..sesuai utk kita..usha lah wey..klik sini


(weyh..tgok..gigih aku promote l'oreal for men)

8 ketul komen:

adie de viRus said...

model dye semua hensem bergaye...
tak bley blah..aku kagum giler

KinosKoko said...

hahahha..

loreal ek??

kalo pkai biore mcm mn? ley jadik mcm aaron aziz..

haaa

adie de viRus said...

kinoskoko-bley ke?nk try la..haha

Unknown said...

aaron aziz duta loreal lahh kakk..aiyaa..takpe2,kau tak pakai benda tu,sbb tu tersilap..nana,baguslahh kau..kau paling setia kan baca blog ni??tahniah..

Unknown said...

to adie..termasuk model yg pakai baju batik tu ke??hahhaha

KinosKoko said...

hahaha..yeker..loreal ke biore ntah...
xtawu..
yup2 aku x pkai loreal or biore..
sbb tu keliru..

adie de viRus said...

ensem siyal model pakai bj batik tuh..aku nk mintak sain la kat dye...

kinoskoko-ko pkai pencuci pe? clorox? hehe

KinosKoko said...

bleach jenama kuat harimau r..
pastu kasi nila..tu yg mk jd mcm nih..