Clan Kampong

Jadikanlah zaman Remaja Rasullullah S.A.W & Para Sahabat sebagai ikon Remaja kita...! (^_^)

2:56 PM

owh johor~

DiStRiBuTed oleh Unknown

Allah peliharakan Sultan

'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan


mesti korang familiar kan dgn lagu ni??tak familiar jgn join clan kampung!!meh kita kongsi sama2 asal lagu ni punya sejarah..Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim. Lagu ini digubah oleh konduktor muzik Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) dan liriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955). Dipadankan pada tahun 1897 daripada "Dondang Sayang", sebuah lagu Melayu yang masyhur, dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim, ia tidak mempunyai lirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorang kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarangkan liriknya dalam Bahasa Inggeris dan ia diterjemahkan oleh Kapt. Hj Mohamed Said dalam Bahasa Melayu.


wahhh..tiba2 aku nak karang pasal negeri johor pula..well,kita semua dalam clan kampung ni semua duduk johor kan??hampir semua kita anak jati johor..even kita dah belajar jauh2,hati kita tetap kat negeri johor kan??ingat lagi masa firest time aku keluar dari negeri johor,time belajar kat perlis..bila tgok bendera biru kuning sana sini,tiba2 terindu bendera negeri johor..pastu,terpaksa jg hafal lagu negeri perlis..hahha..pengalaman baru tw..tapi tulahh..aku rasa bangga sbb jadi anak jati johor..pastu antara yg mmbangga kan aku jadi anak johor bila tgok persidangan agong ke apa2 lahh yg ada sultan2..sultan johor selaku simbol negeri johor satu2nya yg paling segak aku rasa.tak pakai tanjak2 ni..pakai topi kapten ntah apa nama tu terus..nmpak macam focalization sikit kan??hohoh sekarang tgh hot kat johor tengku tik lahh.anak tengku yem..(heheh,org jhor je faham..)


tapi ada org kata budak2 johor suka membanggakan negeri dorang..betul ke camtu??lagi pun salah ke kalau kita membanggakan negeri kita??okey,entry ni bukan nk cakap nk ajak semua bersifat asabiah ke,kenegerian ke,cuma nk cakap pada clan kampung,ingatlah.kita kat tempat org kena jaga tw nama negeri kita.,bia org semua rasa budak johor ni cool..jgn org tak suka dgn kita..ingat,kita belajar jauh2 bawa nama negeri kita..biasa org kalau tak kenal lagi baru2,dia akan panggil akau apa kat kawan2 dia??budak johor kann??haha..jelas kita bawa nama negeri kita..so cintailahh negeri kita..(owh..khsan tak payah,sebab dia bangga dgn negeri selangor..kata dia nama dia ikhsan,so nk ingat dia ingat selangor darul ehsan..hahha..)